Salam...
Semalam kau muncul lagi dalam tidurku. Pertemuan kali ini lebih mesra berbanding sebelum-sebelumnya. Mungkin sebab aku rindu dengan senyuman kau. Perasaan ini masih sama seperti dulu, walaupun telah beberapa tahun berlalu.
Maaf kalau ini membuatkan kau tidak selesa tapi itulah kenyataan. Aku cuba untuk melupakan kau tapi tidak semudah itu. Sejak kali pertama aku bertemu dengan kau dan senyuman itu, ianya masih segar dalam ingatan.
Tapi aku tahu semua ini hanya mampu aku coretkan di sini. Hanya untuk tatapan aku seorang, hanya untuk perasaan aku seorang. Tapi aku ingin kau tahu, tidak mudah untuk aku melupakan kau. Dunia kita sangat berlainan. Walau pun di bawah langit dan bumi yang sama, takdir bukan milik kita.
Kau di dalam mimpi ku, tidak lokek dengan senyuman, senyuman yang sama kau miliki sejak dulu. Senyuman yang aku rindu...
Aku berharap keajaiban boleh berlaku. Cukuplah sekadar aku dapat bertentang mata dan berbual hal dunia dengan kau. Harapan yang tak pernah layu sejak dulu...
No comments:
Post a Comment