Aku selalu memerhatikan perkembangan kamu..
walaupun aku jarang bertanyakan khabarmu...
aku tahu..kau tak suka jika aku terlalu ambil tahu tentang keadaan kau..
namun, kau tetap adikku...
Janganlah kamu bertelingkah sesama kamu...
Janganlah kamu bermasam-muka sesama kamu...
Janganlah kamu ada benci sesama kamu...
dan akhirnya....
Janganlah kamu berjauhan sesama kamu...
kamu tetap adik-adikku yang aku sayang...
Ingatlah akan kenangan lalu...
tika saat kita semua masih bersama...
berjuang untuk kehidupan yang lebih selesa...
Kenangan itu tetap bersemadi di dalam ingatan...
Kenangan itu usah kita lupa kan...
kerana...
kenangan itu amat berharga buat ku....
Wahai adik-adiku...
terima kasih kerana bersama ku..
tika saat gembira dan nestapa...
senyuman dan air mata itu...akan sentiasa bersemadi di ingatan ku....
Ingatlah...
Hidup ini hanya sementara...
Hargailah mereka sementara masih ada...
Aku tahu akan semangat mu....
kerana kau adik ku...
-Imran Yusof-
No comments:
Post a Comment