Salam...
Semalam kau muncul lagi dalam tidurku. Pertemuan kali ini lebih mesra berbanding sebelum-sebelumnya. Mungkin sebab aku rindu dengan senyuman kau. Perasaan ini masih sama seperti dulu, walaupun telah beberapa tahun berlalu.
Maaf kalau ini membuatkan kau tidak selesa tapi itulah kenyataan. Aku cuba untuk melupakan kau tapi tidak semudah itu. Sejak kali pertama aku bertemu dengan kau dan senyuman itu, ianya masih segar dalam ingatan.
Tapi aku tahu semua ini hanya mampu aku coretkan di sini. Hanya untuk tatapan aku seorang, hanya untuk perasaan aku seorang. Tapi aku ingin kau tahu, tidak mudah untuk aku melupakan kau. Dunia kita sangat berlainan. Walau pun di bawah langit dan bumi yang sama, takdir bukan milik kita.
Kau di dalam mimpi ku, tidak lokek dengan senyuman, senyuman yang sama kau miliki sejak dulu. Senyuman yang aku rindu...
Aku berharap keajaiban boleh berlaku. Cukuplah sekadar aku dapat bertentang mata dan berbual hal dunia dengan kau. Harapan yang tak pernah layu sejak dulu...
Saturday, 26 January 2013
Wednesday, 10 October 2012
Why can't you be alone?
Interviewer: Why can’t you be alone without Yoko?
John Lennon: But I can be alone without Yoko, but I just have no wish to be. There’s no reason on earth why I should be alone without Yoko. There’s nothing more important than our relationship, nothing. And we dig being together all the time. Both of us could survive apart but what for? I’m not going to sacrifice love, real love for any whore or any friend or any business, because in the end you’re alone at night and neither of us want to be. and you can’t fill a bed with groupies. It doesn’t work. I don’t want to be a swinger. I’ve been through it all and nothing works better than to have someone you love hold you.
Credit: Miss Dani Daniels Tumbler
Tuesday, 4 September 2012
Teman pengganti - black & malique
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Monday, 3 September 2012
Di manakah dia?
Aku masih menunggu. Menunggu seseorang yang dapat membuatkan aku membuka segala-galanya untuk muncul. Di manakah dia? Bilakah waktu itu akan tiba? dan persoalan yang paling penting, wujudkah dia? Berapa lama lagi perlu diri ini menunggu seseorang itu untuk muncul sebagai teman yang boleh untuk ku berbual bicara tanpa perlu berselindung di sebalik topeng kepura-puraan. Aku dah mula rimas dengan topeng yang aku cipta sendiri ini. Topeng yang berupaya menutup hampir segala tentang diri ini. Topeng yang menjadikan aku bukan aku. Di manakah dia? Seseorang yang mampu membuatkan aku membuang topeng ini. Di manakah dia? Seseorang yang boleh membuatkan aku menjadi aku semula...
Diri ini masih menunggu...
dan terus menunggu.
Diri ini masih menunggu...
dan terus menunggu.
Dia datang lagi...version XxxX
Aku tatau da berape kali da "penyakit" aku ni dtg.Sejak akhir-akhir ni, da selalu sangat da dia datang menjenguk. *sigh* agak-agaknya la kan, bila dia nak pegi terus selamanya? letih dah ni -.-"
Subscribe to:
Posts (Atom)